BERITA TERKINI   PM Anwar jangka bertemu pemimpin Kemboja, Thailand esok di Putrajaya | GRS akan terus sokong Kerajaan MADANI, banyak tuntutan Sabah dalam MA63 dilulus dan direalisasikan - Hajiji | Semua MRSM diisytiharkan cuti esok sempena kejayaan juarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025 - Pengerusi MARA | PM Anwar akan lakukan lawatan kerja dua hari ke Indonesia, mulai 28 Julai bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto - Duta Besar Malaysia ke Indonesia | 

Terdapat 3239 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Kerajaan Terus Perkemas Kerangka Pembangunan ECER - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah Pantai Timur dapat direalisasikan.

Sarawak Meterai MoU Dengan MEASAT Pacu Kemajuan Industri Angkasa Lepas

KUCHING, 15 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan penyedia penyelesaian satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd (MEASAT), dalam usaha meningkatkan pembangunan industri angkasa lepas Sarawak.

ECERDC Raih RM13.3 Bilion Pelaburan Direalisasikan Sehingga September, Lepasi Sasaran 2024

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi pelaburan yang disasarkan sebanyak RM10 bilion untuk 2024 dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan di wilayah itu setakat September 2024.

Ringgit Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kemungkinan Penurunan Kecil Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah dan jangkaan berterusan terhadap pengurangan lebih kecil bagi kadar faedah AS.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Untuk Hari Kedua Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menjejaki momentum menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.

Shopee Perkasa Usahawan Tempatan Capai Kejayaan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kisah keazaman, ketabahan dan impian yang direalisasikan melatari perniagaan dalam talian yang diusahakan Muhammad Afiq Mohamad Arshad dan Faizah Milin, pengasas A&F Berkat Borneo, kata Shopee.

Portal Berita BERNAMABiz Dilancar Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Portal ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), BERNAMABiz, dilancarkan hari ini, menawarkan portal berita khusus yang menyediakan informasi komprehensif dan pada masa nyata mengenai landskap perniagaan dan ekonomi yang berkembang pesat, di peringkat tempatan dan global.

Khazanah Nasional Majukan Ekosistem Modal Teroka Nasional Melalui Inisiatif

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan melancarkan program serta inisiatif melibatkan pengurus dana modal teroka (VC) di bawah "National Fund of Funds" berikutan pengambilalihan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP) dan Penjana Kapital pada Julai tahun ini.

Belanjawan 2025: SME Bank Harapkan Langkah Sokongan Lonjak Pertumbuhan PKS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

Belanjawan 2025: Peruntukan Pelancongan Lebih Besar Tarik Pengunjung Ke Malaysia - Fernandes

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.

Melaka Sasar 70 Peratus Taman Teknologi Jerman Diisi Pelabur Dalam Dua Tahun

MELAKA, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan Melaka menyasarkan 70 peratus daripada 186 hektar Taman Teknologi Jerman (GTP) yang dalam pembinaan di Ayer Keroh, di sini akan diisi pelabur dalam tempoh dua tahun akan datang.

Malaysia Tuan Rumah ICAN2024, Pencapaian Penting Dalam Diplomasi Penerbangan Antarabangsa

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Persidangan Antarabangsa Mengenai Rundingan Perkhidmatan Udara (ICAN) 2024 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dijadualkan berlangsung di Malaysia dari 21 hingga 25 Okt ini.