7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Inisiatif pembaharuan fiskal oleh kerajaan termasuk memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan merasionalisasikan subsidi elektrik dan diesel, bertujuan memastikan kemampanan fiskal di samping melindungi kumpulan berpendapatan rendah dan sektor penting.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menjadikan program literasi kewangannya, yang dikenali sebagai Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) Proaktif mandatori kepada belia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kedudukan ekonomi Malaysia kekal stabil meskipun wujud ketidaktentuan perdagangan global, dengan optimisme terhadap rundingan perdagangan yang sedang diadakan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata mengawal inflasi sahaja tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi perlunya penekanan yang mendesak untuk pembaharuan struktur dalam menangani pertumbuhan gaji yang tidak berkembang dan memastikan pendapatan seiring dengan kenaikan harga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan di negara ini digesa untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan pemahaman orang ramai tentang langkah-langkah fiskal yang sedang dilaksanakan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkasa usahawan tempatan Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.
7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat sedikit kepada US$119.60 bilion pada 30 Mei, 2025 daripada US$119.10 bilion pada 15 Mei, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).