Terdapat 1265 berita berdasarkan kata kunci carian " dana"

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street walaupun awal urus niaganya tidak menentu ketika sebahagian besar peniaga mengetepikan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Pendekatan Berhati-hati

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan awalnya untuk ditutup tidak berubah pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman dasar dalam negara dan kebimbangan kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pasaran Modal Malaysia Berjumlah RM4.2 Trilion, Instrumen Islam 62 Peratus - SC

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

IATA, Pihak Berkepentingan Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Unit Pelepasan Layak CORSIA

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pihak berkepentingan dalam pasaran karbon menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu bekalan kredit karbon terhad yang disediakan kepada syarikat penerbangan.

Labuan IBFC Rai 35 Tahun Sebagai Hab Kewangan Serantau Strategik

 LABUAN, 29 Sept (Bernama) --  Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC)  kini melakar satu babak penting dalam perjalanan 35 tahunnya sebagai hab perkhidmatan kewangan yang kukuh, inovatif dan diiktiraf di peringkat dunia.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Di Tengah-tengah Sentimen Positif Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Isnin, seiring dengan prestasi positif rakan serantau, kata seorang penganalisis.

ASNB Umum Agihan Pendapatan ASM 3 Sebanyak RM896 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat  milik Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM896.01 juta bagi dana harga tetapnya,  Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan Wall Street yang ditutup tinggi secara menyeluruh minggu lepas, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Teruskan Kenaikan Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$3,800 minggu depan, disokong oleh permintaan berterusan terhadap aset selamat dan jangkaan terhadap pengumuman data buruh Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Kembali Lepasi Paras 1600 Mata

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada dagangan hambar pada sesi sebelumnya dan mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.

Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Malaysia Dijangka Capai 31 Peratus Menjelang Disember

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

FBM KLCI Ditutup Sedikit Rendah Apabila Pelabur Beralih Kepada Saham Bermodal Lebih Kecil

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) penanda aras ditutup sedikit rendah pada Rabu ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada saham bermodal lebih kecil.