4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jumlah permintaan untuk kargo udara, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), melonjak sebanyak 5.5 peratus dari tahun ke tahun (YOY) untuk Julai 2025 berbanding 0.6 peratus yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, mencerminkan pemulihan dalam pasaran kargo di tengah-tengah perang perdagangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM32.4 bilion setahun sebelumnya, seiring dengan hasil yang lebih rendah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam menangani kemiskinan melibatkan jutaan penduduk, tanpa mewujudkan kawasan mundur yang kekal, sering kali diabaikan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mempelawa kalangan penyedia dan pelabur global dalam bidang pesawat, kru, penyelenggaraan dan insurans (ACMI) untuk menjadikan negara ini sebagai pangkalan operasi selain memanfaatkan lokasi strategik dan kesalinghubungan kukuh bagi pengembangan di rantau Asia-Pasifik.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Komitmen serta inisiatif kerajaan untuk menjadikan empat lapangan terbang di negara ini sebagai hab penerbangan kargo adalah tumpuan pada Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (NACC) 2025.
4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan New Zealand akan meneroka peluang pelaburan dalam bidang peralihan tenaga serta menjalin kerjasama dalam inisiatif perubahan iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan membangunkan dasar atau garis panduan dan meneroka platform pemerdagangan kredit karbon biru sebagai langkah memperkasa ekonomi biru negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) meluluskan pembiayaan berjumlah RM122.65 juta kepada enam buah syarikat berasaskan teknologi yang melaksanakan projek peralihan tenaga di bawah Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional (NETF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Aktiviti transhipment atau pindah kapal masih belum diperjelaskan sepenuhnya dari segi pelaksanaan penguatkuasaan berikutan Amerika Syarikat (AS) belum menggariskan secara terperinci kategori aktiviti itu, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Negara-negara Asia boleh terus memajukan kepentingan ekonomi serantau dan memperkukuh daya tahan kolektif masing-masing dengan mengekalkan kejelasan mengenai matlamat mereka serta tidak mudah terpengaruh dengan ketidaktentuan luaran.