Terdapat 444 berita berdasarkan kata kunci carian "persidangan"

Unity Group Sasar Kurangkan 25 Juta Tan Pelepasan Karbon Dioksida Daripada Projek Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Unity Group Holdings International Ltd yang disenaraikan di Hong Kong menyasarkan pengurangan 25 juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2) di Malaysia melalui projek-projek kemampanannya.

Pencapaian Tahap Satu Malaysia Perlihat Kemajuan Penting Daya Tahan Siber 

CYBERJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Pencapaian Malaysia dalam Indeks Keselamatan Siber Global pada Tahap Satu tahun lepas menekankan kemajuan penting negara dalam memperkukuh daya tahan siber.

RUU CCUS, Peraturan Berkaitan Karbon Dioksida Di Luar Pesisir Perlu Kuat Kuasa Sebelum 31 Mac

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menekankan keperluan untuk membangunkan serta menguatkuasakan Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (RUU CCUS) selain peraturan berkaitan pengimportan dan penyimpanan karbon dioksida secara kekal di kawasan luar pesisir selewat-lewatnya 31 Mac 2025. 

RUU CCUS Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

ADV Pasaran Lonjak 50 Peratus Kepada RM3.15 Bilion Bukti Keyakinan Pelabur - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Prestasi pasaran modal Malaysia dengan purata nilai harian (ADV) tumbuh lebih 50 peratus kepada RM3.15 bilion pada 2024 berbanding RM2.06 bilion bagi tahun sebelumnya, mencerminkan keyakinan dan minat pelabur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025

KUALA LUMPUR, Mac 3 (Bernama) -- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Terus Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan lebih rendah minggu depan, menjejaki prestasi eksport yang perlahan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

MIHAS Terus Kembangkan Sayap Global Di Shanghai Selepas kejayaan Di Dubai

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan edisi kedua peringkat antarabangsa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM4,000-RM4,600 Setan Sehingga 31 Mac - Pakar Industri

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara paras RM4,000 dan RM4,600 setan metrik dari sekarang hingga 31 Mac 2025.

MSPO Sambut Baik Penangguhan Pelaksanaan EUDR

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menyambut baik penangguhan pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) sehingga akhir 2025.

SIBS 2025 Kukuhkan Kedudukan Selangor Sebagai Gerbang ASEAN

SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) -- Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2025 (SIBS 2025), yang akan berlangsung mulai 8-11 Oktober depan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan meletakkan Selangor sebagai hab pelaburan serantau dan pintu masuk ke pasaran ASEAN.