BERITA TERKINI   Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final Terbuka Malaysia 2026 | Liga Super: Imigresen FC 3-0 Kelantan TRW FC | Sultan Selangor zahir kebimbangan pencemaran berlarutan di Kuala Langat akibat aktiviti penternakan babi - Istana Alam Shah | Sultan Selangor dukacita, tidak setuju kerajaan negeri benar operasi ternakan babi di Tanjong Sepat sebelum pindah ke Bukit Tagar - Istana Alam Shah | 

Terdapat 3127 berita berdasarkan kata kunci carian " amerika syarikat"

Bursa Malaysia Catat Sedikit Penurunan Selepas Kenaikan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Ringgit Terus Catat Aliran Meningkat, Dibuka Pada 4.1150 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Belanjawan 2025: Perlu Tambah Baik Lanjutan Ke Atas Dasar Perdagangan Antarabangsa - Pakar

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kerajaan diharapkan dapat mengumumkan inisiatif penambahbaikan lanjutan terhadap dasar perdagangan antarabangsa Malaysia terutama melibatkan rantau ASEAN untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

Lonjakan Nilai Ringgit Suntik Rasa Bangga Rakyat Malaysia

Oleh Wong Chun Wai

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.

Niaga Hadapan Emas Kekal Tidak Berubah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Dijangka Kembali Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan, Dalam Persekitaran Prospek Berhati-hati Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu depan.

Ringgit Terus Kukuh Dipacu Pertumbuhan Ekonomi - Amir Hamzah

SEPANG, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan terus mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekonomi sekali gus merangsang lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini.

Ringgit Melonjak Ke Paras 4.12 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.

Tiktok Shop Catat Pertumbuhan 2.2 Kali Pada Separuh Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- TikTok Shop menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 2.2 kali ganda, peningkatan penjual 1.8 kali ganda serta lonjakan 1.8 kali ganda pencipta ahli gabungan, tahun ke tahun bagi separuh pertama 2024.