1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN boleh mencontohi langkah Malaysia untuk memperbaharui beberapa perjanjian perdagangan dua hala dengan negara rakan bagi meliputi elemen kemampanan dan dinamik perubahan landskap pelaburan global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya bagi menyelaraskan kaedah kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan serta memberi tumpuan kepada usaha yang memberi nilai dan boleh diukur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Lebih 350 pemimpin kerajaan dan industri dijangka menghadiri persidangan Siri CEO 2025 anjuran Institut Rehda bulan depan bagi membincangkan trend hartanah global dan strategi yang boleh dilaksanakan untuk memacu daya tahan ekonomi Malaysia dan pembangunan mampan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pendekatan yang dirangka secara tepat mampu menjadi langkah transformasi bagi pasaran karbon Malaysia selain menggalakkan industri mengurangkan pelepasan dan mewujudkan ekosistem perdagangan karbon yang mantap, kata Engie Services Malaysia Sdn Bhd.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) -- Iconic Penang Sdn Bhd, hari ini merasmikan Hotel Iconic Marjorie yang juga sebahagian Hotel Portfolio Tribute di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan trajektori peningkatannya pada minggu depan, dipacu oleh aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun selain sokongan sentimen positif pada masa ini, kata UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan permintaan dilihat lembap pada musim cuti, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), melalui peruntukan awal RM1 bilion menerusi Dana Impak, hari ini mengumumkan dua pelaburan strategik untuk memacu pertumbuhan dan inovasi yang lebih besar dalam teknologi Revolusi