Terdapat 3185 berita berdasarkan kata kunci carian " amerika"

Niaga Hadapan Emas Kekal Tidak Berubah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Dijangka Kembali Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan, Dalam Persekitaran Prospek Berhati-hati Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu depan.

Ringgit Terus Kukuh Dipacu Pertumbuhan Ekonomi - Amir Hamzah

SEPANG, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan terus mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekonomi sekali gus merangsang lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini.

Ringgit Melonjak Ke Paras 4.12 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.

Tiktok Shop Catat Pertumbuhan 2.2 Kali Pada Separuh Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- TikTok Shop menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 2.2 kali ganda, peningkatan penjual 1.8 kali ganda serta lonjakan 1.8 kali ganda pencipta ahli gabungan, tahun ke tahun bagi separuh pertama 2024.

China, Jepun, Korea Setuju Salur Kepakaran Perkasa Pembangunan Tenaga Di ASEAN - Fadillah

VIENTIANE (LAOS), 27 Sept (Bernama) -- China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk menyalurkan kepakaran teknikal kepada ASEAN bagi memperkasa pembangunan sektor tenaga boleh baharu (TBB) dan tenaga bersih.

Bekas Pembangun Angry Bird Berhasrat Pacu Sektor Hiburan Dan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bekas pembangun francais permainan dalam talian Angry Birds, Peter Vesterbacka melihat adanya potensi dalam industri pendidikan dan hiburan di Malaysia.

Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis. 

BMI Unjur Ringgit RM4.00 Hujung 2024, RM3.55 Menjelang Akhir Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini.