4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data pasaran tenaga kerja negara maju itu minggu ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia menjadi rakan kongsi utama China, disokong dengan pelbagai inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Sept (Bernama) -- Johor perlu mengambil peluang sebagai peneraju dalam Ekonomi Oren, yang merujuk kepada industri kreatif dan kebudayaan seperti media, reka bentuk, teknologi dan seni, bagi merangsang inovasi, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi serta eksport, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan melihat penglibatan warga emas dalam pasaran pekerjaan bukan sahaja penting dari sudut sosial tetapi turut memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.
4bulan ago
Daripada Voon Miaw Ping
BEIJING, 2 Sept (Bernama) -- Syarikat peruncit e-dagang dan logistik terkemuka China, JD.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia terutamanya dalam sektor logistik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan selain mewujudkan hab logistik serta taman perindustrian baharu di sepanjang laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
4bulan ago
TIANJIN (China), 1 Sept (Bernama) -- Syarikat konglomerat China terkemuka, Rianlon Corporation menyatakan komitmen untuk melabur sebanyak RM820 juta bagi membangunkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.
4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjelang laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada Jumaat depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Agensi penarafan kredit, Fitch Ratings menjangka pertumbuhan pusat data yang pesat di Johor, dengan kapasiti operasi berpotensi mencapai sehingga 5,000 megawatt (MW) pada 2029.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia terus meraih minat dan keyakinan pelabur negara-negara perkumpulan BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion bagi tempoh suku pertama 2025.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 27 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi pelabur baharu dan sedia ada dengan pelaburan pembuatan yang diluluskan berjumlah RM12.5 bilion pada separuh pertama 2025.