BERITA TERKINI   Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara | 

Terdapat 385 berita berdasarkan kata kunci carian " april 2025"

Maybank IB Unjur Harga Minyak Mentah US$70 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan 2024 dengan lebih rendah pada Selasa.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada hari dagangan terakhir bagi 2024.

Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan berikutan kekurangan minat yang ketara.

Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan pengeluaran dan paras stok yang rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Unjuran Eksport Lebih Baik Daripada Jangkaan Tingkatkan Niaga Hadapan MSM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semula untuk ditutup lebih tinggi pada Jumaat susulan unjuran eksport yang lebih baik daripada jangkaan. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit pada Jumaat meskipun minat belian yang rendah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap permintaan lemah yang mungkin meningkatkan keseluruhan paras stok negara.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas ditutup rendah pada Selasa susulan kekurangan minat dalam pasaran menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kenaikan semula harga minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian dan niaga hadapan minyak biji sesawi Bursa Komoditi Zhengzhou, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan minat belian baharu.

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.