9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul di Bursa Malaysia minggu depan dengan jangkaan tekanan jualan berkurangan ketika para pelabur mula mencerna kesan tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam keadaan sentimen lemah minggu depan, memandangkan penjualan ketara di pasaran komoditi global, kata peniaga.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan yang mungkin mendorong pelabur untuk membeli pada harga lebih rendah, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) - Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan tarif timbal balik yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) – Malaysia berupaya mendepani sebarang krisis ekonomi yang mungkin timbul susulan kebimbangan tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas 168 negara termasuk Malaysia akan mencetuskan perang perdagangan global.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN tahun ini akan mengutamakan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi serantau susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas negara anggota blok itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka terus berada dalam jajaran kecil dengan trajektori yang sama iaitu antara RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Isnin, 31 Mac.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dalam mod berhati -hati minggu depan menjelang tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) yang akan berkuatkuasa menjelang 2 April.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang terhad minggu depan berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.