Terdapat 1468 berita berdasarkan kata kunci carian "indonesia"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik menjelang Belanjawan 2026, yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada mata wang tersebut.

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat, Ditutup Lebih RM4,500 Satu Tan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum peningkatannya apabila ditutup tinggi pada Rabu, mencecah lebih RM4,500 satu tan berikutan jangkaan pengeluaran lebih suram dalam minggu-minggu mendatang.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang, kata seorang penganalisis.

Malaysia Harus Tambah Baik Kebolehramalan Peraturan, Piawaian Dan Kastam Untuk Tarik Pelaburan Dari Eropah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia harus menambah baik kebolehramalan peraturan, penyeragaman produk dan kecekapan kastam untuk mengukuhkan daya saingnya sebagai hab serantau untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Eropah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Kesatuan Eropah (EUROCHAM) Malaysia Karl Godderis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu, didorong sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan 2026 Malaysia pada Jumaat ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Kukuh, Permintaan Stabil

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh, permintaan stabil dan keyakinan terhadap kemajuan Indonesia dalam program biodiesel B50.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh minat belian yang diperbaharui.

Kerajaan Sasar Peluang Eksport Bernilai RM150 Juta Di Persidangan Level Up KL 2025 - Gobind

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menyasarkan peluang eksport bernilai RM150 juta daripada persidangan pembangun permainan utama Asia Tenggara, LEVEL UP KL 2025.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh minat belian dalam persekitaran keyakinan bahawa kerajaan Malaysia akan mengekalkan disiplin fiskal dan secara beransur-ansur menurunkan defisit fiskal sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar dalam Belanjawan 2026.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan 0.70 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.406 mata.

Powertechnic Kumpul RM22.05 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Pasaran Menantikan Petunjuk Fiskal Belanjawan 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka dagangan dalam jajaran kecil untuk mata wang tempatan, dengan tumpuan beralih kepada sasaran defisit fiskal kerajaan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2026 pada minggu ini.