13hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh dalam jajaran kecil antara 1,655 hingga 1,665 ketika pelabur mencerna Belanjawan Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
13hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
13hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Peruntukan pembangunan tertinggi melebihi RM9.3 bilion yang diterima Kementerian Kerja Raya menerusi Belanjawan 2025 akan digunakan untuk menambah baik kemudahan awam terutamanya bagi penyelenggaraan jalan raya.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) memberikan ruang kepada syarikat perladangan untuk beroperasi dengan lebih efisien, terutamanya dalam berdepan pasaran minyak sayuran global yang kompetitif.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) mulai 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tempoh dua tahun.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan dana padanan berjumlah RM100 juta bagi mengalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM200 juta disediakan meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) tahun hadapan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai dividen sebanyak dua peratus ke atas pendapatan bercukai dividen selepas mengambil kira pelepasan dan potongan yang dibenarkan, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus untuk 2025 adalah munasabah, kata ahli ekonomi kanan ASEAN OCBC Malaysia, Lavanya Venkateswaran.