3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berharap Belanjawan 2026 akan mengemukakan langkah bagi memperkukuh industri penerbangan Malaysia yang menekankan peranannya sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara dan sektor pelancongan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Belanjawan 2026 akan menggabungkan elemen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang menetapkan keutamaan negara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Biru, satu rangka kerja komprehensif untuk menyelaraskan dasar, strategi dan pelaburan merentas sektor berkaitan dengan laut dan pantai.
3bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ahli ekonomi percaya bahawa Belanjawan 2026 tidak akan memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam sistem percukaian terutamanya cukai individu dan korporat untuk mengekalkan keyakinan pengguna dan pelabur apabila tarif Amerika Syarikat (AS) bermula.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara ekonomi Asia Tenggara telah menyuarakan mesej jelas bahawa pasaran mereka masih terbuka kepada perniagaan walaupun berdepan dengan langkah perlindungan dan tarif mencabar yang menjejaskan perdagangan bebas serta menimbulkan pelbagai ketidaktentuan di seluruh dunia.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang giat mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam isu tarif, terutamanya berkaitan produk perabot, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menyaksikan pemeteraian perjanjian perdagangan timbal balas antara kedua-dua negara semasa Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini pada akhir Oktober.
3bulan ago
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) -- Tatakelola kerajaan yang baik dan dasar ekonomi yang berkesan membolehkan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, sekali gus meringankan beban rakyat berbanding negara lain termasuk negara pengeluar minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan bagi Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan timbal balas yang sedang dirundingkan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap Belanjawan 2026 akan menekankan kepada pembangunan berterusan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi, dengan memberi tumpuan kepada penskalaan PMKS.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Sekretariat Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sedang dipertimbangkan untuk menjadikan perjanjian perdagangan terbesar dunia itu lebih relevan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.