1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mengadakan perbincangan dengan pengeluar pesawat Airbus, Embraer dan Comac untuk membeli pesawat baharu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan bagi operasi syarikat penerbangannya di bawah jenama AirAsia.
1tahun ago
LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Empat rang undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Negara bagi mengawal selia aktiviti perniagaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) semalam, dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia menjelang penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) keempat pada Februari 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hasil dapatan menunjukkan penggunaan mata wang kripto sebagai antara medium untuk mencuci duit di Malaysia adalah rendah, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- TM memperuntukkan kira-kira RM4 juta termasuk sumbangan tunai untuk menyokong usaha segera bantuan banjir bagi pelanggan, komuniti dan kakitangan yang terjejas di seluruh negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Trinity Group memenangi Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2024 bagi kategori kediaman bertingkat tinggi untuk pembangunan utamanya Trinity Pentamont di Mont Kiara di ibu negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Cradle Fund Sdn Bhd melancarkan platform digital, Startup ASEAN dalam usaha menjadikan negara anggota perkumpulan itu sebagai penggiat dalam landskap syarikat itu di peringkat global.
1tahun ago
Daripada Anas Abu Hassan
LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services Inc (AWS) komited menyediakan hingga US$100 juta (US$1=RM4.40) dalam bentuk kredit awan di bawah AWS Education Equity Initiative bagi tempoh lima tahun akan datang untuk membantu organisasi pendidikan yang layak di seluruh dunia membangunkan atau meluaskan penyelesaian pembelajaran digital.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Sistem gabungan haba dan kuasa (CHP) atau ‘kojana’ yang menghasilkan tenaga elektrik dan haba berguna secara serentak daripada sumber tenaga sama, mampu meningkatkan kecekapan tenaga lebih daripada 70 peratus, menghasilkan penjimatan kos tenaga yang ketara dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar bagi tempoh jangka panjang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan program “Row and GROW Towards Financial Resilience” baru-baru ini, bertujuan menggalakkan kerja berpasukan, mengukuhkan hubungan dan memupuk persahabatan dengan penyedia kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berhasrat mengeluarkan 500 unit kenderaan elektrik (EV) sebulan yang dikenali sebagai eMO-II bermula tahun depan.
1tahun ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (Koprojaya) yang menghimpunkan pegawai-pegawai muda dalam perkhidmatan awam Malaysia, menumpukan pelaburan strategik demi masa depan lebih mapan selain memberi manfaat serta peluang perniagaan menarik untuk kalangan ahlinya.