BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 777 berita berdasarkan kata kunci carian " yen"

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit hari ini susut 0.01 peratus berbanding dolar AS apabila ia terus diniagakan defensif yang menyediakan sedikit sokongan teknikal terhadap unit tempatan itu.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) dan tidak memenuhi jangkaan bahawa AS akan mengurangkan kadar faedahnya. 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Pasaran Positif Setelah Didorong Data China

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pasaran yang semakin baik setelah didorong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS, disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik bagi Jun, kata penganalisis.

Ringgit Melemah Berbanding Dolar AS Berikutan Sentimen Waspada Dalam Pasaran

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menjejaki prestasi mata wang serantau apabila sentimen pasaran sangat berwaspada dalam situasi pasaran pertukaran asing yang sedang mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Oleh Pelan AS Kenakan Tarif Baharu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh kebimbangan mengenai pelan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif ke atas tiga rakan dagang utama mulai 1 Ogos 2025.

Urus Niaga Ringgit Rancak Terus Perkukuh Mata Wang Malaysia Pada Kedudukan Tinggi Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Urus niaga dalam denominasi ringgit Malaysia yang rancak akan terus mengukuhkan mata wang tempatan sebagai antara 20 mata wang utama dunia, kata seorang pegawai kanan syarikat pengurusan kekayaan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.24-4.26 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangkakan menyaksikan pergerakan dalam julat lebih rendah 4.24 hingga 4.26 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, kata penganalisis.

Data Ekonomi AS, Perdagangan Tidak Menentu Jejas Ringgit Ketika Ditutup

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah mendorong permintaan terhadap unit negara maju itu.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS, Petunjuk Bercampur-campur Daripada Fed

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh Indeks Dolar (DXY) Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dan petunjuk bercampur-campur daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Di Tengah-tengah Ketegangan Perdagangan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi hari ini apabila dolar AS menyusut di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas lebih banyak negara, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, dalam reaksi pasaran yang tidak sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu.