1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dan membantu Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur selepas penubuhannya diumumkan Hong Kong pada awal tahun ini.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat setelah pulih daripada penurunan yang dilihat sepanjang tiga hari lepas, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini walaupun dolar US mengukuh dirangsang oleh jangkaan bahawa penurunan kadar faedah AS akan berlaku lama lagi, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Dialog Informal Pemimpin APEC dan menyampaikan intervensi pada hari kedua terakhir Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran ketidaktentuan ekonomi global dan kebimbangan geopolitik.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
1tahun ago
BANGKOK, 15 Nov (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah “Inisiatif Komuniti” pada Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, Nov 15 (Bernama) -- Langkah Amerika Syarikat (AS) menggugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan perbendaharaannya membuktikan dasar ekonomi dan dan pertukaran asing semasa negara ini dilihat sebagai seimbang dan telus, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
PERU (Lima), 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan Malaysia mengakui bahawa merapatkan jurang digital adalah penting untuk pembangunan yang adil di seluruh lapisan masyarakat dalam keadaan dunia yang semakin dikuasai oleh kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Meskipun Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN dan Kaukus Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC)-ASEAN tahun depan, blok meliputi 10 negara anggota itu akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan berlandaskan konsep pemusatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.