BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 920 berita berdasarkan kata kunci carian " aset"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, meningkat semula selepas mencatatkan penurunan selama dua sesi dagangan berturut-turut dalam kebimbangan mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi domestik dan global.

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur memantau perkembangan luar, khususnya impak tarif AS.

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang September

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September, daripada paras semasa didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan permintaan daripada pelabur yang mencari perlindungan dalam logam berharga itu, kata penganalisis.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$121.3 Bilion Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$121.3 bilion (US$1=RM4.218) pada 31 Julai, 2025.

Komitmen Pembelian Dan Pelaburan Tidak Libat Dana Awam, Tidak Tambah Beban Fiskal - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kewangan Islam Perlu Berubah Untuk Terus Berdaya Saing -- CEO Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan kewangan Islam akan dipacu menerusi keterhubungan yang lebih besar merentasi kelas aset, geografi dan generasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed.  

Pelan Mitigasi Risiko Penting, Elak Gangguan Aerotren Berulang - Pakar Ekonomi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disambung semula pada 1 Julai selepas digantung selama 28 bulan, dengan janji untuk meningkatkan kesambungan, memudahkan pergerakan penumpang yang lancar antara terminal serta melenyapkan gangguan.

InvestKL Raih Pelaburan Komited RM2.8 Bilion Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Agensi pelaburan utama untuk Greater Kuala Lumpur (KL),  InvestKL meraih pelaburan komited bernilai RM2.8 bilion pada separuh pertama 2025, menubuhkan lima hab serantau baharu di kawasan tersebut dan mewujudkan 1,197 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang meningkat, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Melemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif terus ditutup lebih tinggi pada hari ini berikutan kelemahan dalam dolar US, kata seorang penganalisis.

Kerjasama Maybank-Microsoft Pacu Transformasi Digital

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai kerjasama untuk tempoh lima tahun bernilai RM1.0 bilion dengan Microsoft bagi memacu transformasi digitalnya.