9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) secara keseluruhannya masih tidak terkesan buat masa ini daripada potensi pendedahan kepada tarif Amerika Syarikat dan terus memantau kesan tidak langsungnya terhadap pelanggan dan permintaan pasaran eksport.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Permohonan Reach Energy Bhd (REB) untuk melanjutkan tarikh akhir bagi mengemukakan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan telah ditolak oleh Bursa Malaysia.
9bulan ago
LABUAN, 12 April (Bernama) -- Operator pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) melaksanakan penambahbaikan yang ketara dalam meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan peranan pelabuhan itu sebagai hab logistik utama di rantau ini sejak mengambil alih operasi pelabuhan berkenaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) membuat penampilan sulung yang hambar di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan pasaran global susulan konflik tarif yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN, yang kekal komited menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia adanya bagi memastikan ia kekal relevan dan berkesan akan menyaksikan FTA ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dinaik taraf pada 21, April 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport yang menyumbang lebih 99 peratus daripada ekosistem perniagaan ASEAN berisiko kehilangan US$237.5 bilion (US$1 = RM4.49) dalam hasil berpotensi jika mereka gagal beralih kepada amalan yang lebih lestari dan mampan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Honda Malaysia melantik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 April 2025 menggantikan Hironobu Yoshimura yang meneraju syarikat itu sejak tiga tahun lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Di tengah-tengah usaha Amerika Syarikat (AS) membentuk semula sistem perdagangan global untuk manfaatnya sendiri, peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bagi 2025 menjadi kritikal dalam meneraju pertumbuhan seterusnya ekonomi blok itu.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) – Malaysia berupaya mendepani sebarang krisis ekonomi yang mungkin timbul susulan kebimbangan tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas 168 negara termasuk Malaysia akan mencetuskan perang perdagangan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah melancarkan Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).