4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Asia akan mengekalkan kepimpinannya dalam pembuatan cip untuk tempoh lima tahun akan datang, disokong oleh kelebihan kos, ekosistem yang mantap dan kepakaran teknikal yang mendalam, kata Moody’s Ratings hari ini.
4bulan ago
Daripada Voon Miaw Ping
TIANJIN (China), 1 Sept (Bernama) -- Asia perlu menerajui era orde ekonomi global seterusnya dengan menulis semula lembaran agenda sendiri dan pada masa sama menentukan hala tuju masa depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd kekal yakin dapat mencapai sasaran kewangan bagi setahun penuh 2025 berpandukan pulangan atas ekuiti (ROE) antara 11 hingga 11.5 peratus.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM402.97 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 berbanding RM 396.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM32.4 bilion setahun sebelumnya, seiring dengan hasil yang lebih rendah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 28 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat dua hala Malaysia dengan beberapa anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) APEC ke-15 membuahkan hasil di samping saling bertukar maklumat dan meneroka kerjasama masa depan dalam pelbagai bidang tenaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangannya bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan penekanan terhadap pengukuhan peranannya dalam membangunkan negara dan menyokong komuniti, di samping memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan Malaysia tersenarai dalam kelompok 12 negara paling berdaya saing dunia menjelang 2030, selaras dengan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.
4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan dijangka memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak sebanyak 12.5 peratus kepada RM198.69 juta pada suku pertama yang berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM176.65 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.