Batik Air Umum Laluan Baharu Ke Beijing Dan Changsha
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha di China.
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha di China.
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mengadakan perbincangan dengan pengeluar pesawat Airbus, Embraer dan Comac untuk membeli pesawat baharu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan bagi operasi syarikat penerbangannya di bawah jenama AirAsia.
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Airbus telah memberi jaminan untuk memberi sokongan penuh kepada Malaysia Airlines yang bertindak menggantung operasi sebuah pesawat baharu Airbus A330neo (pilihan enjin baharu) selama sekurang-kurangnya 48 jam selepas melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada 19 Disember lepas.
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Tarikh tentatif bagi penggabungan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan.
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd melancarkan Delay Lounge Pass yang menawarkan akses kepada lebih daripada 1,500 lounge lapangan terbang di seluruh dunia apabila penerbangan tertangguh selama dua jam atau lebih yang tersedia merentasi rangkaian global AirAsia.
PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) – Turkmenistan dan Malaysia sedia mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi dua hala yang menumpukan aspek tenaga, perdagangan dan inovasi, kata Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow.
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 11.2 juta pergerakan penumpang merentasi rangkaian lapangan terbangnya pada November 2024, mencerminkan pertumbuhan kukuh 16.1 peratus berbanding angka pada November 2023, sekali gus mencapai 96.7 peratus daripada tahap sebelum pandemik.
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 5 Dis (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan perniagaan utama Indonesia memanfaatkan kepakaran kolektif mereka untuk mewujudkan masa depan lebih cerah dalam industri minyak sawit sebagai pemacu ekonomi dan model untuk pembangunan mampan.
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah mencapai Pemetaan Tahap 1 Akreditasi Karbon Lapangan Terbang (ACA) yang diberikan Airports Council International (ACI).
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang global yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer, meningkat sebanyak 7.1 peratus pada Oktober 2024 berbanding tempoh sama bagi tahun lepas, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).