BERITA TERKINI   Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Terdapat 486 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi digital"

Indonesia Gesa ASEAN Tumpu Pelaburan Ekonomi Digital Seiring Kepentingan DEFA

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Indonesia menggesa negara-negara anggota ASEAN untuk menumpukan aspek pelaburan dalam sektor utama, khususnya ekonomi digital yang penting di bawah Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).

Sarawak Perkukuh Kehadiran Di Peringkat Global Menerusi MWC Barcelona 2025

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) --  Kerajaan negeri Sarawak menerusi Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) mengukuhkan kehadirannya di peringkat global menerusi penyertaan dalam acara teknologi dan kesalinghubungan terkemuka dunia, Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung pada 3-6 Mac, 2025.

Malaysia Optimistik Dapat Muktamadkan Perjanjian Digital Asean Menjelang Akhir Tahun

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sepenuhnya yakin blok itu dapat memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tepat pada masanya untuk Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN pada akhir tahun ini.

AEON Bank Raih Dua Anugerah Islamic Finance News

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bank digital Islamik pertama di Malaysia, AEON Bank dinobatkan sebagai pemenang untuk dua anugerah berprestij di Islamic Finance News (IFN) Awards, baru-baru ini.

Permukiman AEM Ke-31 Bermula Di Desaru

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-31 bermula hari ini di Desaru, dengan tumpuan kepada integrasi ekonomi serantau dan strategi untuk mendepani cabaran geopolitik yang berterusan.

Tarif AS Antara Isu Dibincang Pada Permukiman AEM Ke-31 - Tengku Zafrul

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan rancangan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) antara perkara akan dibincangkan pada sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Optimis Perjanjian Naik Taraf ATIGA Dimuktamadkan Mac 2025 - Tengku Zafrul

KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Rundingan naik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dijangka dapat dimuktamadkan pada Mac ini susulan perkembangan positif hasil perbincangan bersama rakan serantau ASEAN.

Petronas, Petrovietnam Percepat Kerjasama Dalam Sektor Tenaga Di Vietnam  - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas dan tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SIBS 2025 Kukuhkan Kedudukan Selangor Sebagai Gerbang ASEAN

SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) -- Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2025 (SIBS 2025), yang akan berlangsung mulai 8-11 Oktober depan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan meletakkan Selangor sebagai hab pelaburan serantau dan pintu masuk ke pasaran ASEAN.

PKS Perlu Terima Pakai AI, E-invois Untuk Kekal Kompetitif - Gobind

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mesti menerima kecerdasan buatan (AI) dan e-invois untuk kekal kompetitif dalam ekonomi Malaysia yang semakin berkembang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

ST Telemedia Singapura Adakan Majlis Pecah Tanah Pusat Data Pertama Di Johor 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) yang beribu pejabat di Singapura mengadakan majlis pecah tanah hari ini bagi kemudahan pusat data pertamanya di Johor.

Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN Akan Bincang Cabaran Geopolitik Semasa - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Penganjuran Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 pada 28 Feb ini di Desaru, Johor akan membincangkan pelbagai perkara penting bagi integrasi ekonomi ASEAN, khususnya di bawah tema keterangkuman dan kemampanan.