Terdapat 1028 berita berdasarkan kata kunci carian "padu"

Keuntungan Bersih Dialog Group Turun Kepada RM303.83 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.

PETRA Sedang Kaji Daya Maju Reaktor Modular Kecil Sebagai Sumber Tenaga - TPM Fadillah

PETALING JAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menjalankan kajian daya maju tenaga nuklear, termasuk reaktor modular kecil (SMR) untuk menilai potensinya sebagai sumber kuasa beban asas yang stabil, kata Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Akan Berusaha Muktamadkan Rundingan DEFA Pada Mesyuarat AEM– Tengku Zafrul

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memuktamadkan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Negeri Sembilan Bakal Miliki Hab Halal AI Pertama Dalam Negara

SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki hab halal moden berteknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan Fasiliti Penyimpanan Sejuk Beku Halal Bersepadu yang dikenali sebagai Regional Halal Distribution Centre (RHDC) di Bandar Enstek di sini.

UMC Tingkat Kapasiti Keluaran, Lancar Kemudahan Baharu Di Batu Kawan

GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. 

Ipoh Sentral Terajui Perubahan Ipoh Dengan Hab Pengangkutan Moden Dan Inisiatif Bandar Pintar

IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.

DEA2025 Utamakan AI, Evolusi Hijau Dalam Usaha Ekonomi Digital Sarawak

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2025 (DEA2025), yang akan mengiktiraf pencapaian dalam tujuh kategori kecemerlangan digital, kini dibuka untuk penyertaan.

Bursa Malaysia Dijangka Meningkat Kepada Paras 1,590 Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meningkat kepada paras rintangan 1,590 minggu depan, bergantung kepada sentimen risiko global yang menyokong serta kejelasan mengenai trajektori tarif semikonduktor, kata penganalisis.

Sidang Kemuncak Global Usahawan Dan Profesional Tamil Buka Peluang Pelaburan Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 15 Ogos (Bernama) — Penganjuran Sidang Kemuncak Global Usahawan dan Profesional Tamil ke-15 di Pulau Pinang mampu membuka peluang besar untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan strategik serta menjadi platform mempertemukan para usahawan.

Johor Plantations Terbit Suku Wakalah Kelestarian-IMTN Bernilai RM200 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah menerbitkan Siri Kedua Sukuk Wakalah-Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), Sukuk Wakalah Kelestarian-IMTN pertamanya bernilai RM200 juta dalam nilai nominal di bawah program IMTN tersebut.

TNB, CIMB, Visa, JuiceUP Perkenal Sistem Pembayaran Tanpa Sentuh Di Stesen Pengecas EV

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) --Ekosistem kenderaan elektrik (EV) Malaysia mengorak selangkah lagi kehadapan hari ini dengan pengenalan sistem pembayaran tanpa sentuh yang dipermudahkan di stesen pengecas EV terpilih di seluruh negara.

KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan RM38.92 Bilion Bagi Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.