1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi yang positif yang dicatatkan kebelakangan ini adalah hasil tatakelola yang semakin baik bersama dengan penggubalan dasar yang jelas terutama dalam sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggi bagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.
1tahun ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Minat yang semakin meningkat terhadap aset digital dan instrumen kewangan alternatif memacu inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Labuan.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini susulan pendekatan berhati-hati pelabur yang menjejaskan pasaran di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencatatkan terbitan sukuk yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini meskipun terbitan sukuk kedaulatan domestik yang rendah pada separuh pertama, kata Moody’s Ratings.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam keadaan penurunan harga minyak mentah dan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kumpulan Kitacon Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd meraih kontrak kerja-kerja bangunan utama bernilai RM64.05 juta di Shah Alam, Selangor, daripada SP Setia Eco-Projects Management Sdn Bhd.