10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Chlor-Al Chemical Pte Ltd (CAL) akan membeli sebidang tanah di Singapura daripada Chin Yuan Metal Pte Ltd (CYM) pada harga S$14.80 juta (S$1 = RM3.31).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPDSB) bagi membina tanjakan pejalan kaki dan semua kerja berkaitan di Gurney, Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang berjumlah RM11.36 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Critical Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Critical M&E Engineering Sdn Bhd meraih dua kontrak yang keseluruhannya bernilai RM84.71 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh dan sayap industri hijau UEM Group Bhd, UEM Lestra Bhd (UEM Lestra) bekerjasama dengan ACWA Power dari Arab Saudi untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan bersama-sama membangunkan loji penjanaan tenaga dan air bebas (IWPP) boleh baharu di Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec), melalui anak syarikatnya Awantec Systems Sdn Bhd melancarkan Program Latihan AI Gemini untuk melengkapkan ahli profesional dan perniagaan dengan kemahiran produktiviti yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan di tempat kerja.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah keseluruhan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan syarikat aktif milik agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 2024 adalah sebanyak RM259.97 juta, menurut Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), anak syarikat TDM Bhd memeterai perjanjian bina dan pajak dengan Bertam Specialist Hospital Sdn Bhd (BSHSB) bagi membangunkan hospital berkapasiti 100 katil di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd menerima kontrak daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB) untuk menyiapkan kerja tanah dan cerucuk bagi cadangan membina pangsapuri perkhidmatan di Pulau Pinang, bernilai RM51.03 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan jualan singkat harian (IDSS) untuk NationGate Holdings Bhd telah digantung sepanjang hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bullish Aim Group dan YTL Communications Sdn Bhd, anak syarikat YTL Power International Bhd, menjalin usaha sama strategik untuk membangunkan infrastruktur gentian bersama generasi akan datang.
10bulan ago
KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) - Kerajaan Sabah menyeru syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas (OGSE) di negeri ini untuk merebut peluang dalam sektor yang disediakan oleh Petronas dalam dua tahun akan datang.