Terdapat 501 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi global"

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Khamis, menjejaki ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ketika prospek ekonomi global melemah berikutan kebimbangan berterusan terhadap perang perdagangan global, kata peniaga. 

OPR Kekal Pada 3.0 Peratus Pastikan Dasar Kewangan Fleksibel - Penganalisis

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus mencerminkan penyesuaian strategik dasar monetari yang memberikan fleksibiliti kepada bank pusat itu menghadapi perubahan keadaan ekonomi global dan domestik. 

OPR Konsisten Dengan Prospek Ekonomi Malaysia - Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Mac:-

BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

Ringgit Naik 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.

Kerajaan Promosi Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Selamat -- MITI

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi lebih penekanan terhadap promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat, berlandaskan kestabilan politik, ekonomi, dasar pro-perniagaan serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin apabila permintaan meningkat semula di tengah-tengah ketidaktentuan dalam ekonomi global, kata penganalisis. 

Dividen KWSP Tinggi Kuatkan Keyakinan Terhadap Pasaran Modal Malaysia, Pelaburan – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.

Dividen Yang Kukuh Bukti Daya Tahan KWSP - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ASEAN Perlu Tingkatkan Kesepaduan Dalaman, Pelbagaikan Kerjasama Dalam Mendepani Cabaran Global

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Dividen KWSP Diunjur Dalam Julat 6.0-6.2 Peratus - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Kerajaan Perluas Pasaran Dagangan, Perkukuh Diplomasi Untuk Hadapi Ketidaktentuan Ekonomi - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) – Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.