10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) bagi industri pengurusan pelaburan di Malaysia meneruskan trajektori peningkatan dan mencapai nilai RM1.07 trilion setakat 31 Dis, 2024, meningkat daripada RM975.48 bilion pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjangkakan pasaran modal Malaysia pada 2025 akan terus dipengaruhi faktor risiko utama termasuk ketidaktentuan keadaan pasaran kewangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pesara harus mengalihkan sebahagian kecil daripada simpanan mereka ke dalam instrument pasaran modal yang boleh memberi hasil lebih tinggi untuk meningkatkan kecukupan persaraan mereka dan bukan sebaliknya memegang tunai di tangan.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Malaysia akan memperkukuh kedudukannya sebagai pusat perdagangan, kewangan dan teknologi yang berdaya saing dalam keadaan perubahan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
Ini adalah rumusan daripada siri artikel tiga bahagian mengenai kutipan yuran penyenggaraan melibatkan hartanah strata. Ia meneliti cabaran penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), peranan JMB dan MC serta tanggungjawab pemilik dan penyewa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham SEB atau pemiutang kewangan sedia ada, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas komoditi itu mengukuh disebalik gencatan senjata Ukraine dan peningkatan hasil Amerika Syarikat (AS), yang dapat mencetuskan penjualan besar-besaran, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd (Scientex) menyusut 12.1 peratus kepada RM123.95 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan, 2025 berbanding RM141.01 juta tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd mendapati perubahan ketara dalam tabiat perbelanjaan kad kredit, lebih 15 peratus individu kini menggunakan sebanyak 75 peratus atau lebih had kad kredit mereka berbanding 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemimpin industri menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2025 yang disifatkan sebagai pendekatan seimbang dalam mengukuhkan keselamatan sosial sambil memastikan kemampanan perniagaan.