6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) menerusi anak syarikat milik penuhnya Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) menyasarkan untuk mengeksport sebanyak 6,000 unit kenderaan pada tahun ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.
6bulan ago
IPOH, 26 Julai (Bernama) -- Negeri Perak kini berada di landasan baharu dalam pembangunan perindustrian apabila sebahagian daripada pelaburan strategik negara berjumlah RM63 bilion mula memberi kesan langsung khususnya dalam sektor semikonduktor serta automotif.
6bulan ago
TIOMAN, 26 Julai (Bernama) -- Di Pulau Tioman, kelestarian tidak dilihat sebagai satu perbelanjaan. Ia dianggap sebagai satu pelaburan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan selama dua sesi berturut-turut, sejajar dengan prestasi pasaran global yang tidak menentu
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan.
6bulan ago
PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan memperoleh pelaburan lebih RM63 bilion melalui Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) sehingga Mac tahun ini, dengan sebanyak RM5 bilion daripada sumber domestik dan RM58 bilion daripada sumber asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi kukuh pada Khamis apabila sentimen positif terus kekal di pasaran tempatan, disokong oleh kenaikan saham utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,530 disokong oleh optimisme terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta lonjakan sentimen positif susulan pengumuman Perdana Menteri semalam.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, membolehkan pasaran memulihkan penyusutan pada dua sesi sebelumnya.