5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025).
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar badan bas berpangkalan di Johor, Sun Bus Tech Sdn Bhd menyasarkan untuk menyiapkan 310 bas Rapid KL di bawah projek pemasangan tempatan dengan Prasarana Malaysia Bhd menjelang Februari 2026.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya dua syarikat Bumiputera akan tersenarai di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) menerusi anak syarikat milik penuhnya Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) menyasarkan untuk mengeksport sebanyak 6,000 unit kenderaan pada tahun ini.
5bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) dijangka berperanan penting dalam menangani isu jurang grid kuasa dan ketidaktentuan tenaga solar, ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata seorang pakar.
5bulan ago
SUBANG JAYA, 28 Julai (Bernama) -- Seramai 10,000 jurutera tempatan dijangka mendapat latihan dalam bidang semikonduktor melalui program latihan oleh syarikat reka bentuk semikonduktor dari United Kingdom, Arm dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- AirAsia Malaysia melancarkan dua laluan baharu dari Kuala Lumpur dan Kuching ke Pontianak, Indonesia, bermula 12 September 2025, sekali gus menjadi satu-satunya syarikat penerbangan antarabangsa beroperasi di ibu negeri Kalimantan Barat, Indonesia, itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengekalkan saranan positif terhadap Malakoff Corporation Bhd, didorong oleh kedudukan kukuhnya untuk meraih tender Suruhanjaya Tenaga (ST) di tengah-tengah peningkatan permintaan tenaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, mengetepikan kelemahan mata wang G10 secara amnya apabila gabungan keyakinan domestik dan dorongan serantau menambah baik sentimen, kata penganalisis.
5bulan ago
PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.