1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan bertindak mengambil langkah mempelbagaikan portfolio ekonomi domestik untuk mengurangkan defisit dalam akaun pampasan pekerja di bawah Akaun Pendapatan Primer Imbangan Pembayaran, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) --Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka memenuhi unjuran trafik penumpang iaitu antara 95.4 juta dan 97.6 juta penumpang tahun ini disokong oleh pemulihan kukuh sektor penerbangan Malaysia yang berterusan dalam tempoh enam bulan pertama 2024.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) -- Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) perlu terus memperkukuh kerjasama menangani jurang pembangunan, kata Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 16 Okt (Bernama) -- Tumpuan Malaysia terhadap strategi pengkomersialan global mampu menyuntik impak ekonomi meluas bagi syarikat pemula niaga dan firma teknologi tempatan yang berhasrat meluaskan perniagaan, terutamanya ketika negara berusaha menjadi gerbang digital untuk ASEAN.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur di tengah-tengah petunjuk yang agak lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pembangunan kluster industri khusus dalam sektor pembuatan di Wilayah Tengah perlu dijadikan inisiatif strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada Taksonomi ASEAN melalui Lembaga Taksonomi ASEAN yang dianggotai kalangan bank pusat, pihak kawal selia sekuriti dan kawal selia insurans.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meningkatkan bantuan geran penanaman semula sawit bagi merancakkan semula produktiviti dalam kalangan pekebun kecil.