2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia menghadapi era baharu pelaburan, disokong oleh visi yang jelas untuk mentransformasikan ekonomi dan komitmen menarik pelaburan sejajar dengan pertumbuhan tinggi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024, mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan menganggarkan julat aset di bawah pengurusan (AUM) antara RM500 juta - RM1.2 bilion bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga dengan sasaran menarik keluarga dari dalam negara, serantau dan rantau luar seperti Timur Tengah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya berikutan perbezaan harga petrol yang besar, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji data dan akan memastikan subsidi bagi petrol, kesihatan dan pendidikan membantu golongan yang sewajarnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan terus memberi fokus kepada golongan yang memerlukan pertolongan meskipun reformasi fiskal sedia masih dikekalkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit menunjukkan prestasi lebih kukuh berbanding mata wang serantau, didorong keyakinan pelabur terhadap agenda pembaharuan kerajaan selain perkembangan global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Prinsip Bank Negara Malaysia (BNM) masih kekal pada masa ini dalam menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan terus didorong oleh prospek pertumbuhan serta inflasi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Secara dasarnya objektif strategik Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah dicapai apabila membangunkan dan melancarkan satelit penderiaan jauh mikro TiungSAT-1 pada 26 Sept, 2000.