BERITA TERKINI   20 pendaki terkandas susulan letusan Gunung Dukono di Indonesia, operasi pemindahan sedang dijalankan - Basarnas | Amalkan politik matang, jangan main isu gugat perpaduan, titah Tengku Hassanal | KPKM kurangkan kebergantungan import jagung, soya, beras dan bawang susulan ketidaktentuan geopolitik global - Mohamad | Malaysia sokong mempercepat pelaksanaan Rangka Kerja Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN - PM Anwar | ASEAN terus menggesa kepada keamanan dan usaha meredakan ketegangan, namun perlu bersikap realistik - PM Anwar | 

Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian " accel"

MYStartup Accelerator Salur RM5.5 Juta Kepada Syarikat Pemula Niaga Tempatan

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- MYStartup Accelerator, inisiatif yang diterajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah memudahkan pelaburan sebanyak hampir RM5.5 juta bagi kohort kelima, sekali gus menekankan peranannya dalam mengukuhkan ekosistem syarikat pemula Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara sebagai hab inovasi serantau.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.

UOB Malaysia Bekerjasama Dengan Bursa Malaysia Sokong Usaha Kemampanan PKS

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bekerjasama dengan Bursa Malaysia Bhd bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  untuk melaksanakan amalan lestari dan memajukan perjalanan mereka ke arah pengurangan karbon.

Keazaman, Inovasi Dan Sokongan: Pemacu Utama Kejayaan Perniagaan Untuk Pemenang Cabaran BizSmart

Oleh Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pemenang BizSmart Challenge Accelerator Edition anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd telah membuktikan bahawa keazaman, inovasi dan sokongan yang tepat penting untuk mengatasi cabaran perniagaan dan mencapai kejayaan yang mampan.

48 Perusahaan Kecil Milikan Kaum India Terima Geran RM2.96 Juta Di Bawah I-BAP

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia meluluskan bantuan geran berjumlah RM2.96 juta kepada 48 perusahaan kecil milikan kaum India di bawah Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP), sehingga kini.

Sambutan 10 Tahun CLLA : Cyberview Azam Terus Perkasa Keusahawanan Masa Depan

CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.

Malaysia Perkasa Syarikat Pemula, Pacu Penyelesaian Inovatif - Chang

CYBERJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial melalui inisiatif seperti Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER) 2021-2030 dan platform MyStartup.

Alliance Bank Umum Pemenang Cabaran BizSmart, Iktiraf Perusahaan Baharu Terkemuka Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Tiga perusahaan baharu, BioLopp, Gula Cakery dan HiiVolt dipilih sebagai tiga pemenang utama “BizSmart Challenge Accelerator Edition” (Cabaran BizSmart) yang meraikan dan mengiktiraf perusahaan baharu terkemuka di Malaysia.

SME Corp Sasar Lebih Banyak PMKS Sarawak Terima Manfaat

KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Sarawak menerima manfaat melalui program yang akan dilaksanakan pada 2025, sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang lebih saksama dan inklusif.

PM Anwar Cakna Suara Masyarakat India - Ramanan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan akan mengusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya peruntukan kepada komuniti India ditingkatkan pada tahun depan.

20 Syarikat Terima Geran I-BAP Bernilai Hampir RM1.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Alliance Bank Umum 13 Finalis Terbaik Untuk 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mengumumkan 13 finalis terbaik untuk program 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition yang dipilih daripada 593 pemohon.