BERITA TERKINI   CAAM sahkan kemalangan libatkan pesawat ringan di Langkawi, dua individu dilaporkan selamat | TVET merupakan barisan hadapan ketersediaan Malaysia dalam hadapi ekonomi pada masa hadapan - Ahmad Zahid  | Malaysia dan China akan bekerjasama melangkaui perdagangan untuk bangunkan industri masa hadapan - Ahmad Zahid | Kementerian Kewangan teroka pelbagai kaedah untuk lebih banyak syarikat berkaitan semikonduktor disenaraikan - Liew Chin Tong | Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai hubungan erat, PM Anwar teruja untuk bekerjasama dengan KM Vijay | 

Terdapat 300 berita berdasarkan kata kunci carian " aplikasi"

Telco, Platform Digital Mungkin Termasuk Dalam Rangka Kerja Pampasan Penipuan Digital Pada Masa Depan - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta  platform digital, yang memainkan peranan penting dalam ekosistem digital, mungkin dimasukkan dalam rangka kerja pampasan mangsa penipuan digital di samping bank-bank dan institusi kewangan.

Jepun Sasar Perluas Pelaburan Dalam Sektor Digital, Teknologi Tinggi Malaysia

Oleh Christine Lim May Yu

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Jepun menyasarkan untuk memperluas pelaburannya dalam industri digital Malaysia yang merangkumi bidang khusus seperti produk cip berteknologi tinggi dan pusat data.

Bina Masa Depan Melalui Bakat: Huawei Malaysia Perkasa 5G, AI Dan Kesalinghubungan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Seiring dengan langkah Malaysia melaksanakan rangkaian 5G untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan tahap kesiapsiagaan, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) meningkatkan usaha pembangunan bakat bagi menyokong pelaksanaan yang lancar dalam era digital.

Ranhill SAJ, Yes Pacu Langganan Jalur Lebar Menerusi Baucar Air Di Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Ranhill SAJ bekerjasama dengan penyedia khidmat telekomunikasi Yes menawarkan isi rumah Johor dengan baucar bulanan RM10.50 yang dikreditkan ke dalam bil air selama enam bulan menerusi langganan jalur lebar terpilih.

Pengendali OSV Sedia Raih Manfaat Apabila Syarikat Minyak Alihkan Fokus Dari Asia Barat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Keputusan syarikat minyak untuk beralih daripada pasaran Asia Barat dan menyokong penerokaan minyak mentah luar pesisir di Asia Tenggara berpotensi memberi manfaat kepada pengendali kapal sokongan luar pesisir (OSV).

MARGMA, Monash Malaysia Tandatangani MoU Perkukuh Bakat Industri Sarung Tangan Getah

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) dan Monash University Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan bakat, kerjasama penyelidikan dan inovasi dalam industri sarung tangan getah negara.

SC Kaji Rangka Kerja Simpanan Persaraan, Pindaan Undang-Undang Mungkin Perlu

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji semula mekanisme dan struktur bagi meningkatkan kawalan individu terhadap simpanan persaraan mereka berikutan sasaran untuk memperluas rangkaian tawaran berfokus persaraan untuk memudahkan pengurusan kekayaan secara lebih aktif.

Penswastaan DNB Kurangkan Liabiliti Kewangan Kerajaan, Kata Ahli Akademik

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Penswastaan ​​Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka dapat mengurangkan liabiliti kewangan kerajaan dan risiko berkaitan apabila penggunaan rangkaian 5G beralih daripada fasa dipacu dasar kepada peringkat komersial sepenuhnya, kata seorang pakar industri.

Ekonomi Malaysia Raih Manfaat Daripada Integrasi ASEAN, Kukuhkan Ketahanan Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Integrasi ASEAN telah memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, meningkatkan ketersambungan rantaian bekalan dan menambah baik pelaburan rantau ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Avocados Australia Meterai Kerjasama Dengan Monash University Malaysia, UOW Malaysia

PETALING JAYA, 4 Mac (Bernama) -- Avocados Australia Ltd iaitu badan industri utama yang mewakili pengusaha avokado Australia memeterai kerjasama dengan Monash University Malaysia dan University of Wollongong (UOW) Malaysia.

U Mobile, Huawei Tandatangani MoU Percepatkan Pengunaan Teknologi Inovasi 5G-A Dan AI

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- U Mobile menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi mempercepat pembangunan aplikasi canggih selaras matlamat transformasi digital syarikat.

Maxis Raih Anugerah Ikon Transformasi Rangkaian-Prestasi Daripada The Fast Mode

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025