BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu FC 2-2 Negeri Sembilan FC | Liga Super: DPMM FC 2-2 Kuching City FC | Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Mohd Azizulhasni Awang rangkul emas acara keirin lelaki | 

Terdapat 2991 berita berdasarkan kata kunci carian " ar"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Belian Berterusan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan tengah hari, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi serta prestasi positif pasaran serantau.

Malaysia Disaran Terus Proaktif Pastikan Selat Melaka Kekal Bebas Daripada Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia disaran terus proaktif bagi memastikan Selat Melaka kekal bebas daripada sebarang ketegangan geopolitik, memandangkan kepentingannya sebagai antara laluan perdagangan dan tenaga global yang kritikal.

Malaysia Sasar Capai Kapasiti 32 Peratus TBB Terpasang Tahun Ini - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai sasaran sebanyak 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) terpasang pada tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Belian Terpilih Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih meskipun prestasi Wall Street semalaman  yang lemah.

Jaminan Kredit, Kelonggaran Peraturan Sokong PMKS Berdepan Krisis Tenaga

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah bantuan bersasar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan operasi di tengah-tengah krisis tenaga global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Permodalan Besar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki peningkatan niaga hadapan getah serantau, dalam persekitaran harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh, kata peniaga.

Suhaili Kekal Jawatan Yang Dipertua DPMM Labuan Tanpa Bertanding

LABUAN, 20 April (Bernama) -- Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Labuan selepas menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pertubuhan itu pada Ahad.

Pembukaan Semula Selat Hormuz Bakal Sekat Kenaikan Harga Minyak Dalam Tempoh Terdekat

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.

Pembukaan Semula Selat Hormuz Langkah Baik, Bekalan Jadi Keutamaan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Langkah Iran untuk memastikan laluan strategik Selat Hormuz kekal dibuka adalah langkah yang baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pembukaan Semula Selat Hormuz Disambut Baik Tetapi Keadaan Masih Tidak Stabil - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Langkah Iran membuka semula Selat Hormuz adalah berita yang dialu-alukan tetapi masih terlalu awal untuk meraikannya berikutan situasi keselamatan masih tidak stabil dengan kos insurans yang tinggi, kata Penolong Profesor Ekonomi Perniagaan di Fakulti Sains Sosial Universiti Nottingham Malaysia Dr Tan Chee Meng.