Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian " as-iran"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Harga Minyak Meningkat Ketika pasaran Memantau Gencatan Senjata AS-Iran, Isu Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Harga minyak meningkat menghampiri US$100 setong dalam persekitaran ketidaktentuan yang berlarutan mengenai gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)- Iran selama dua minggu dan penutupan semula Selat Hormuz oleh Iran susulan serangan Israel ke atas Lubnan.

Ringgit Ditutup Mengukuh Pada 3.97 Apabila AS-Iran Setuju Gencatan Senjata

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati di tengah-tengah kecelaruan pendirian Presiden Donald Trump terhadap konflik AS-Iran yang menyebabkan perubahan minat risiko pelabur dan peniaga.

Jangkaan Perang AS-Iran Reda Dorong Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan awal untuk ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong sentimen optimis kalangan peniaga pasaran susulan isyarat kemungkinan perang AS-Iran bakal berakhir.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Sentimen Bertambah Baik

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.

Malaysia Berdaya Tahan Hadapi Tekanan Fiskal Meningkat Sewaktu Harga Minyak Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Ketiga

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) diteruskan pada sesi awal urus niaga Khamis yang juga hari ketiga berturut-turut susulan sentimen positif didorong oleh prospek gencatan senjata antara AS dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat menjejaskan kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata ahli ekonomi.

Konflik AS-Iran Dan Sekatan Tenaga : Apa Seterusnya Bagi Asia?

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kemelut terbaharu yang menyelubungi perdagangan global susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.