BERITA TERKINI   Liga Super: Kuching City FC 2-1 Terengganu FC | 10 aktivis GSF 2.0 rakyat Malaysia yang ditahan di perairan antarabangsa telah dilepaskan di Pelabuhan Lera Petra di Kepulauan Crete - SNCC | 

Terdapat 3791 berita berdasarkan kata kunci carian " is"

Malaysia Beri Penjelasan Isu Diketengahkan Di Bawah Akta Perdagangan AS

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia telah memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai dakwaan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 negara itu.

Saham Industri, Utiliti Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat pelabur yang berterusan terhadap kaunter berkaitan pusat data terutamanya dalam sektor teknologi dan utiliti, susulan laporan pendapatan kukuh oleh penggiat semikonduktor Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit diniaga kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain dan ASEAN dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang.

MIDA, HLB Islamic Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Usahawan PKS Di Wilayah Utara

SUNGAI PETANI, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Hong Leong Islamic Bank (HLB Islamic)  hari ini menganjurkan forum khusus bagi memperkukuh ekosistem dan akses usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di wilayah utara.

Permintaan Berterusan Pacu Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Isnin walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) suram di tengah-tengah permintaan berterusan terhadap aset selamat berkenaan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi hambar.

Pilih Saham Modal Kecil, Jualan Saat-saat Akhir Heret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama)  -- Aktiviti jualan di saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir urus niaga Isnin, sekali gus melenyapkan peningkatan yang dicatatkan sepanjang sesi dagangan sebelumnya hari ini.

MDEC Gesa Perniagaan Tempatan Fokus Kepada Pelaksanaan Bukan Sekadar Berinovasi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menggesa perniagaan tempatan supaya fokus terhadap pelaksanaan dan bukan sekadar cita-cita inovasi kerana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi lain yang berkembang pesat memendekkan tempoh masa diperlukan untuk menukarkan idea kepada hasil praktikal yang sedia untuk pasaran.

MIDA Permudah Kelulusan Insentif Cukai Untuk 220 Projek Di Johor Pada 2025

JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mempermudah kelulusan pengecualian dan insentif cukai bagi 220 projek di Johor sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pertumbuhan industri di negeri itu pada 2025.

Institusi Tempatan Teruskan Belian, Catat Aliran Masuk Bersih RM534.2 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Institusi tempatan meruskan pembelian bersih bagi minggu kedua di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM534.2 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin didorong oleh minat baharu apabila Malaysia dilihat mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data berikutan reputasinya sebagai hab yang strategik dan selamat.