3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meningkatkan bantuan geran penanaman semula sawit bagi merancakkan semula produktiviti dalam kalangan pekebun kecil.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya baru-baru ini dianggap satu tindakan sementara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) – Kerajaan mengumumkan sokongan kepada pekebun kecil kelapa sawit tempatan untuk membantu mereka memenuhi tarikh akhir Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) baharu, yang dilanjutkan sehingga 30 Dis 2025.
4bulan ago
KLUANG, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan dua cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membentangkan cadangan semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini kepada Kementerian Kewangan (MoF) minggu lepas.
4bulan ago
CYBERJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Industri kenaf memerlukan lebih banyak bantuan daripada kerajaan agar terus membangun dan menggalakkan lebih banyak pekebun kecil menceburi penanamannya untuk menjana nilai berganda kepada ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan baka sawit unggul bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran sawit negara tanpa perlu menambah luas kawasan tanaman.