Terdapat 1070 berita berdasarkan kata kunci carian " menyeluruh"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Ketika Kurangnya Pemangkin Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal pada Rabu dalam keadaan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, dengan aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku hari ini.

Liew Nafi Umum Kerajaan Pertimbang Had 150 Liter Petrol RON95

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong menafikan telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan had 150 liter petrol RON95 sebulan di bawah Program Budi MADANI RON95 (BUDI95).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Pembelian Saham Mewah Semasa Harga Murah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.

Taiwan Berhasrat Perbaharui Perjanjian Pelaburan Dua Hala 1993 Dengan Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.

KPK Terus Fokus Teknologi, Inovasi Pacu Industri Agrikomoditi Negara

SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus menumpukan kepada penggunaan teknologi, data dan inovasi untuk memacu industri pertanian dan agrikomoditi negara yang lebih pintar, mampan dan berdaya tahan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Ireka, Tujuh Bekas Pengarah Dengan Denda RM425,000

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Ireka Corp Bhd (Ireka) dan tujuh bekas pengarahnya di atas pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities selain mengenakan denda berjumlah RM425,000 ke atas pengarah-pengarah terlibat.

Hartanah Kekal Sebagai Lindung Nilai Di Tengah-tengah Tekanan Harga Tenaga -- RHB IB

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) --  Hartanah kekal sebagai lindung nilai yang baik terhadap peningkatan tekanan inflasi berikutan lonjakan harga tenaga yang berpunca daripada konflik Asia Barat, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, didorong oleh minat belian di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran menurun selepas mencatatkan kenaikan selama lima sesi dagangan berturut-turut minggu lepas.

Kerajaan Disaran Laksana Subsidi Bersasar Secara Lebih Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan disarankan untuk melaksanakan subsidi bersasar secara lebih menyeluruh termasuk meneliti semula pemberian subsidi petrol RON95 kepada golongan T20, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Krisis Global: Kementerian Ekonomi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta menjamin keterjaminan bekalan bahan input utama susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis global yang masih berlarutan ketika ini.

Bursa Malaysia Catat Penurunan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.