Terdapat 129 berita berdasarkan kata kunci carian " sistem kewangan"

AMLA : BNM Perkukuh Ketelusan, Wajibkan Bank Beri Notis Bertulis Kepada Pemegang Akaun Ditutup -- MOF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkukuh ketelusan dalam pengendalian rayuan akaun bank ditutup dengan mewajibkan institusi kewangan mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun terjejas, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Skor Keseluruhan Rangkuman Kewangan Malaysia 2025 Bertambah Baik - Principal

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam semua tiang rangkuman kewangan, muncul sebagai satu daripada hanya dua pasaran yang telah melonjak dalam ketiga-tiga tiang, kata Indeks Rangkuman Kewangan Global 2025 oleh Principal Financial Group.

IILM Pertingkat Nilai Program Sukuk Kepada US$8.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan peningkatan nilai program sukuknya daripada US$6 bilion kepada US$8.5 bilion (US$1=RM4.22). 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

BNM Guna Pakai MYOR-i Sebagai Kadar Penanda Aras Islam Mandatori Mulai 1 Julai 2027

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.

Malaysia Terus Diiktiraf Hab Kewangan Islam Global, Serlah Nilai Asas Etika -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengiktirafan berterusan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global diyakini dan membolehkan pelabur mendapatkan kestabilan, kejelasan serta peluang, turut menjadi paparan nilai asas etika negara dalam sektor berkenaan.

Takrif Semula, Pertingkat Kewangan Islam Dapat Bentuk Sistem Kewangan Lebih Mampan - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anjakan transformasi, didorong oleh kepimpinan yang kukuh, boleh mentakrifkan semula dan meningkatkan peranan kewangan Islam, dan membentuk sistem kewangan lebih inklusif dan mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pertumbuhan ASEAN+3 Disemak Naik Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025, 3.8 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan di rantau ASEAN+3 diunjurkan pada kadar 4.1 peratus tahun ini dan 3.8 peratus pada 2026, sekali gus merupakan satu semakan naik berbanding unjuran yang dibuat pada Julai.

ASEAN Tawar Peluang Luas Untuk Pelaburan Berimpak Tinggi - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Rang Undang-Undang Kredit Pengguna Dijangka Diwartakan Akhir Tahun Ini - MOF

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) dijangka diwartakan pada akhir tahun ini dan akan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek hari ini ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.