5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) mencatat keuntungan bersih RM115.14 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, lebih dua kali ganda berbanding RM47.31 juta pada 2024, disokong pendapatan sewaan yang kukuh, peluasan portfolio dan peningkatan nilai saksama.
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Rantau ASEAN+3 diunjurkan berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2025 dan 3.6 peratus pada 2026, menurut kemas kini suku tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) oleh Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang positif, didorong oleh data ekonomi yang lebih baik dan laporan pendapatan suku tahunan yang melebihi jangkaan pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati dan prestasinya mungkin menjejaki pergerakan di Wall Street minggu depan memandangkan pasaran meneliti petunjuk daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek kewangan global, kata seorang peniaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong oleh data ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd berkurangan kepada RM705.70 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM759.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini berikutan pendapatan yang lebih rendah untuk suku tersebut.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- MBM Resources Bhd (MBMR) dijangka meraih pendapatan lebih stabil pada tahun ini, didorong oleh permintaan terhadap Perodua yang berdaya tahan walaupun mencatat permulaan lebih perlahan bagi tempoh suku pertama tahun kewangan 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia tidak akan dapat menyerap implikasi daripada tarif Amerika Syarikat (AS) atau mengekalkan harga untuk pelanggan di AS, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).