15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia yang meningkat kepada 51.6 pada April 2026, memberi isyarat prospek jangka pendek yang kukuh didorong terutamanya oleh stok simpanan untuk langkah berjaga-jaga dan bukannya permintaan akhir yang kuat.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ringgit serta peningkatan unjuran ekonomi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan kekuatan asas ekonomi negara dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju pentadbiran Malaysia MADANI.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman 2026 pada 5.0 peratus hingga 5.5 peratus, disokong oleh permintaan isi rumah dan pasaran buruh yang stabil.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Permintaan global bagi kargo udara antarabangsa yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK) susut sebanyak 4.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding tahap pada Mac 2025 (-5.5 peratus untuk operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
22hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan lebih baik berbanding negara-negara lain di rantau ini dalam usaha menangani impak krisis Asia Barat susulan intervensi awal kerajaan membina daya tahan ekonomi negara sejak tiga tahun lepas.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Vitrox Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM51.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berbanding RM24.16 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengekalkan unjuran pertumbuhan perdagangan 2026 antara tiga peratus hingga lima peratus, disokong oleh tinjauan berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki peningkatan niaga hadapan getah serantau, dalam persekitaran harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh, kata peniaga.