BERITA TERKINI   Untung bersih CelcomDigi meningkat kepada RM418 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026 berbanding RM384 juta tahun lepas | Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu ditemukan mati di asrama sebuah sekolah di Gua Musang - OCPD | Sektor pembinaan berkembang 8.5 peratus kepada RM46.5 bilion pada suku pertama 2026 - DOSM | Pasaran penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Malaysia di landasan tepat bagi capai sasaran perolehan RM55 bilion menjelang akhir 2030 - Sim Tze Tzin | Tiada anggota ATM cedera dalam insiden letupan dron berhampiran Markas UNIFIL di Lubnan - Mohamed Khaled | 

Terdapat 219 berita berdasarkan kata kunci carian "jawapan bertulis"

SC Sedang Muktamad Rangka Kerja Bagi Skop, Kehendak Pelesenan Aktiviti Amanah Tunai

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang memuktamadkan rangka kerja bagi menjelaskan skop dan kehendak pelesenan bagi aktiviti skim Amanah Tunai yang melibatkan pelaburan di dalam produk pasaran modal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Penangguhan Projek Johor Tidak Ganggu Aliran Pelaburan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Setakat Januari 2026, tiada pelaburan pusat data yang telah ditangguhkan, berisiko dilengahkan atau berpotensi berpindah ke negara lain susulan keputusan menangguhkan pembangunan pusat data baharu di Johor sehingga 2027 akibat kekangan bekalan air.

Kerajaan Tafsir ART Selaras Amalan Tadbir Urus Baik, Obligasi Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kerajaan mentafsir Artikel 6.2 Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dengan melihatnya selaras dengan amalan tadbir urus yang baik, prinsip persaingan sihat dalam aktiviti komersial dan selari dengan obligasi antarabangsa Malaysia.

Operasi ECRL Bermula Januari 2027, Malaysia Rail Link Sedia 2,000 Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pada Januari 2027, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).

Sekatan China Terhadap Syarikat Pertahanan AS Tidak Jejas Perdagangan, FDI Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sekatan yang dikenakan oleh China terhadap beberapa syarikat pertahanan Amerika Syarikat (AS) tidak memberikan kesan secara langsung kepada perdagangan dan  pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia setakat ini, khususnya bagi sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Penggunaan EV Tahunan Meningkat Kepada 44,813 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah penggunaan kenderaan elektrik (EV) tahunan telah meningkat dengan ketara kepada 44,813 unit pada 2025 berbanding 3,127unit yang dicatatkan semasa 2022, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

35 Projek Sektor Pertengahan, Hiliran Getah Dilaksana, Libat Dana RM9.9 Juta – KPK

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan membiayai sebanyak 35 projek berkaitan sektor pertengahan dan hiliran getah dengan dana peruntukan RM9.9 juta setakat ini, termasuk 10 projek khusus sektor sarung tangan getah bernilai RM3.5 juta, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Kerajaan Peruntuk RM9.8 Juta Pada 2025 Tangani Penyakit, Perosak Utama Sawit – KPK

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM9.8 juta pada 2025 untuk menangani penyakit dan perosak utama tanaman kelapa sawit, termasuk kulat Ganoderma dan ulat bungkus, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

FMOS Terima 3,253 Aduan, Selesai 2,268 Kes Sejak Beroperasi

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) telah menerima sebanyak 3,253 aduan dan 2,268 pertikaian telah berjaya diselesaikan melalui kaedah mediasi dan adjudikasi sejak mula beroperasi pada 17 Jan 2025.

34,899 Kes Bayaran Balik Cukai 2023 Selesai, Libatkan RM3.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak RM3.9 bilion dana bayaran balik disalurkan kepada pembayar cukai sehingga 31 Januari 2026 bagi menyelesaikan 34,899 kes yang melibatkan pembayaran balik pemfailan cukai tahun 2023.

Semakan Dan Naik Taraf FTA Strategi Kritikal, Perkukuh Agenda Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Langkah semakan semula dan rundingan naik taraf perjanjian perdagangan bebas (FTA) merupakan strategi kritikal bagi memastikan kerangka perdagangan Malaysia kekal bersesuaian dalam memacu agenda ekonomi dan sosioekonomi negara.

Perjanjian ART Akan Berkuat Kuasa Selepas Malaysia, AS Bertukar Notis Bertulis

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis berdasarkan Artikel 7.2 ART.