4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain komited untuk menerajui inisiatif 10 Juara bumiputera yang bermatlamat mewujudkan 10 syarikat dengan masing-masing mempunyai modal pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta menjelang 2030.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu dan Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penunjuk ekonomi Malaysia mengukuh pada September 2025, dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan kenaikan 0.8 peratus kepada 113.3 mata daripada 112.4 mata tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan penambahan empat lagi unit bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 2026 khusus untuk meningkatkan akses perkhidmatan perbankan kepada rakyat di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di landasan untuk mengagihkan dividen yang lebih tinggi kepada kalangan ahlinya apabila merekodkan pertumbuhan dua digit dari segi pendapatan pelaburan, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM57.57 bilion dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
5bulan ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Simpanan patuh syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja membersihkan pendapatan, malah memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan tidak merugikan pencarum.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek Battersea di London, United Kingdom, yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Sime Darby Property Bhd dan SP Setia Bhd, kekal menjadi pelaburan strategik utama kepada para pemegang sahamnya, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Sejumlah 1.12 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencarum secara sukarela bernilai RM14.13 bilion setakat Ogos tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor Malaysia (IP) mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 daripada 114.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Program i-Saraan Plus yang baharu diperkenalkan dan disesuaikan untuk pemandu e-hailing dan p-hailing yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 merupakan lanjutan daripada kejayaan program i-Saraan, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) menjamin pinjaman perumahan yang meliputi lebih 100 peratus daripada harga belian rumah bagi pembeli rumah pertama yang layak, sekali gus meyakinkan bank untuk meluluskan permohonan yang mungkin ditolak.