1bulan ago
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- AirBorneo telah melengkapkan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) dan kini beroperasi di bawah kod penerbangannya sendiri, MY, menandakan peristiwa penting dalam transformasi syarikat penerbangan itu kepada kebebasan operasi penuh.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 15 Jan (Bernama) -- Penerbangan terus berjadual antara Chongqing dan Pulau Pinang akan bermula pada 8 April dengan Chongqing Airlines mengendalikan empat perkhidmatan seminggu, seterusnya memperkukuh ketersambungan udara antara negeri itu dengan China Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
BANGKOK, 13 Jan (Bernama) -- Penyedia pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Singapura, Ant International menyokong lebih daripada dua bilion transaksi digital rentas sempadan pada 2025 bagi pedagang merentasi pasaran membangun terasnya, termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Amerika Latin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.
1bulan ago
KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- AirBorneo yang sebelum ini beroperasi di bawah kod penerbangan MH (siri MH3000) akan beralih ke kod penerbangan MY (siri MY3000) berkuat kuasa 14 Januari.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines memperkenalkan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap pasaran China yang lebih luas serta mempertingkatkan kesambungan penerbangan antara Malaysia dan barat China.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Brahim’s Dewina Group of Companies (Brahim’s) merancang mengembangkan dapur katering dalam penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Jumlah permintaan yang diukur hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat sebanyak 5.7 peratus pada November 2025 berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala jumlah kapasiti diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), melonjk 5.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y), kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan pertumbuhan permintaan kargo udara sebanyak 10.3 peratus tahun ke tahun pada November 2025, manakala kapasiti meningkat sebanyak 8.4 peratus tahun ke tahun dalam tempoh sama, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).