6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh KPS Consortium Bhd (KPSCB), KPS Plywood Sdn Bhd, memeterai tiga perjanjian jual beli berasingan dengan Nautical Wealth Sdn Bhd (dalam pembubaran) bagi memperoleh beberapa hartanah di Rawang, Selangor, pada harga RM45.5 juta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd berkemungkinan menggantikan Sime Darby Bhd sebagai satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dalam semakan separuh tahunan akan datang oleh FTSE Russell dan Bursa Malaysia, menurut seorang penganalisis.
6hari ago
KANGAR, 30 April (Bernama) -- MBSB Bank Bhd bertindak mengukuhkan jejaknya di wilayah utara Malaysia menerusi pembukaan semula cawangan di Kangar, Perlis dan Kulim di Kedah.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bina Darulaman Bhd (BDB) menyasarkan pengukuhan perniagaan teras serta disiplin pengoperasian tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya yang menyeluruh.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa panduan pelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, manakala perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan diteruskan seperti diluluskan dalam Belanjawan 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan bahawa Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selepas hampir lapan tahun bersama syarikat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Shopee melancarkan inisiatif Shopee Lindung Niaga bernilai RM150 juta bagi memperkukuh daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia melalui sokongan menyeluruh melibatkan penghantaran, modal kerja serta pemenuhan pesanan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd memperkukuh penglibatan bersama pengguna menerusi kerjasama dengan peruncit peralatan elektrik Jepun, Nojima Malaysia, di samping merancang untuk memperluas ekosistem jenama Jepun miliknya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Inflasi Malaysia mereda kepada 1.4 peratus pada 2025 berbanding 1.8 peratus pada tahun sebelumnya disokong oleh pengukuhan ringgit, perbelanjaan isi rumah yang berterusan serta inisiatif kerajaan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global meningkat mendadak berikutan pengumuman bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kemajuan teknologi, pengetahuan dan penciptaan harta intelek (IP) serta bakat boleh menjadi pemangkin untuk mengembangkan sektor automotif dan semikonduktor Malaysia di samping memperkukuh sinergi antaranya, menurut PricewaterhouseCoopers Associates Sdn Bhd (PwC).