BERITA TERKINI   Badan pemikir Turkiye, SETA dan ISIS Malaysia bakal wujudkan kerangka kerjasama untuk perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar | Isu penangguhan LRT3: Prasarana akan berjumpa kontraktor utama minggu depan untuk menentukan jangka masa seterusnya - Loke | Bilangan gangguan perkhidmatan rel Prasarana berkurangan kepada 31 pada 2025 berbanding 71 pada 2024 - Loke | Prasarana catat 1.63 juta perjalanan penumpang harian pada 31 Dis lepas, tertinggi dalam sejarah penubuhannya - Loke | Mahkamah Buruh Bergerak akan beroperasi di Semenanjung Malaysia bermula Ogos ini - Ramanan | 

Terdapat 465 berita berdasarkan kata kunci carian " korporat "

MBSB Lantik Nur Julie Gwee Ariff CEO MIDF Amanah Investment Bank

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- MBSB Bhd melantik Datuk Seri Nur Julie Gwee Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDF Amanah Investment Bank Bhd baharu berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Pertumbuhan Kredit Sektor Swasta Bukan Kewangan Naik 5.2 Peratus Pada November

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding 5.1 peratus pda Oktober 2024, didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam bon korporat (3.8 peratus; Oktober 2024: 2.6 peratus), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Momentum Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.

Kos Elektrik, Inisiatif Tenaga Hijau Dorong Penerimagunaan Solar Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025,  kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Malaysia Perlu Perkukuh Transformasi Tenaga Kerja Untuk Persiapan Masa Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Tenaga kerja Malaysia perlu diperkukuh bagi memastikan mereka bersiap sedia untuk masa depan, terutamanya dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu (TBB), kata pengasas Learning Edge Perthpal Singh.

Maybank Sasar Perkasa Perkhidmatan Kewangan Serantau Seiring Kepengerusian ASEAN Oleh Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ekonomi ASEAN dalam dekad lepas mempamerkan daya tahan sebenar rantau ini, ditambah pula dengan prospek ekonomi yang menjanjikan potensi, disokong oleh lokasi strategik, ekonomi yang pelbagai, dan komitmen terhadap integrasi serantau.

Pertumbuhan Tenaga Solar Perkasa Masa Depan Tenaga Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Sektor tenaga Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara tahun ini, dipacu oleh insentif yang memangkin pemain industri untuk terlibat dalam usaha sama tenaga hijau baharu terutamanya sistem solar.

Kriteria Baharu Pengecualian Audit Bagi Syarikat Persendirian Berkuat Kuasa 1 Jan 2025 - SSM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kriteria baharu bagi pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan, 2025.

Northern Solar Yang Akan Disenarai Di Pasaran ACE Mahu Kumpul RM42.4 Juta Dari IPO

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pakar tenaga boleh baharu solar, Northern Solar Holdings Bhd (Northern Solar) berhasrat mengumpul sebanyak RM42.4 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasar ACE Bursa Malaysia.

MALAYSIA PERCEPAT PERTUMBUHAN EV DENGAN KERJASAMA CHINA SELARI IMPIAN HAB SERANTAU

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri kenderaan elektrik (EV) Malaysia sedang berkembang pesat dengan lebih 100,000 kenderaan berkenaan terjual dan direkodkan.

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.