Terdapat 1893 berita berdasarkan kata kunci carian " antarabangsa"

Gamuda Perkukuh Kerjasama Industri Menerusi ICW Dan BuildXpo 2025

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd meneruskan sokongannya terhadap acara industri pembinaan terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia iaitu Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2025.

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$123.4 Bilion Setakat 15 Okt

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US $123.4 bilion setakat 15 Oktober 2025 berbanding US$123.6 bilion yang dicatatkan semasa 30 Sept 2025. 

Program R2G Sarawak 2025 MTDC Bantu Tingkat Penerimagunaan Teknologi, Pembiayaan Inovasi

KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkukuh usaha untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan pembiayaan inovasi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga di Sarawak melalui program Road2Growth (R2G) Sarawak 2025.

Penjajaran Dasar Digital Penting Untuk Manfaat Pertumbuhan ASEAN-Korea Selatan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penjajaran dasar yang lebih dekat antara ASEAN dan Korea Selatan adalah kunci untuk memanfaatkan fasa seterusnya dalam pertumbuhan digital akan datang di Asia Tenggara termasuk memupuk hubungan ekonomi yang saling menguntungkan, kata seorang pakar penyelidikan teknologi.

Kerajaan Komited Perkasa PKS Melalui Pelbagai Inisiatif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.

Petronas Bekerjasama Dengan OQEP Dari Oman Jalan Aktiviti Eksplorasi Dan Pengeluaran

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas Carigali) bekerjasama dengan OQ Exploration and Production New Ventures LLC (OQEP) untuk bersama-sama menjalankan eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

MIDA Raih Potensi Pelaburan Hijau Bernilai RM7.3 Bilion Di IGEM 2025

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meraih potensi pelaburan hijau bernilai RM7.3 bilion semasa Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025.

Pergerakan Penumpang Malaysia Airports Pada Suku Ketiga 2025 Naik Kepada 40.6 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Group mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 40.6 juta pada suku ketiga tahun ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGIA).

Sarawak, Korea Selatan Jalin Kerjasama Strategik Untuk Pacu Cip AI Generasi Seterusnya

KUCHING, 20 Okt (Bernama) -- Syarikat milik penuh kerajaan Sarawak, SMD Semiconductor Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Korea Selatan Rebellions Inc, pembuat cip kecerdasan buatan (AI) terkemuka untuk memajukan reka bentuk cip AI dan pembangunan semikonduktor sekali gus meletakkan Sarawak di barisan hadapan landskap AI yang berkembang pesat di Asia.

Kuasa Nuklear Pilihan Berpotensi Untuk Perkukuh Keterjaminan Tenaga ASEAN - Fadillah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) --Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kuasa nuklear, terutamanya teknologi baharu seperti reaktor modular kecil, sedang dipertimbangkan sebagai pilihan berpotensi untuk mengukuhkan jaminan tenaga dan menyokong peralihan tenaga rendah karbon ASEAN.

Batik Air Lancar Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang Ke Medan Dan Singapura

GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) -- Batik Air akan memperkenalkan dua laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Medan dan Singapura secara terus ke Pulau Pinang mulai 8 Disember, ini bakal meningkatkan pelancongan serantau dan sambungan udara.