8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN hari ini memuktamadkan rundingan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dinaik taraf, satu langkah penting untuk integrasi ekonomi dan pertumbuhan yang lebih utuh.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 bersidang hari ini di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan 11 agenda utama dibincangkan, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara negara anggota blok serantau itu.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan terus menyokong pembangunan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) di negara-negara jiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyuarakan pendirian Malaysia -- dan perkumpulan serantau itu -- sebagai suara utama dalam Selatan Global di samping satu kuasa yang kian menyerlah dan perlu diberi perhatian, menuntut peralihan global daripada dominasi bipolariti kepada perkongsian kuasa yang saksama melalui multipolariti.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN, (TATARSTAN), 17 Mei (Bernama) -- Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sambutan mesra yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN (TATARSTAN) 17 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan erat Malaysia dan Rusia tidak seharusnya dilihat sebagai situasi ‘menang atau rugi’ kerana sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia perlu mengembangkan perkongsian untuk melindungi kepentingan ekonominya.
8bulan ago
KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bertemakan digitalisasi pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025), sekali gus merupakan acara kemuncak, memasuki hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Persekutuan Rusia.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN (Tatarstan) 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran tindakan unilateral dan peningkatan dasar perlindungan oleh negara-negara kuasa besar ekonomi adalah bertentangan dengan asas perdagangan bebas selain mengancam keseluruhan sistem perdagangan global, khususnya negara kecil sedang membangun.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, May 15 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas keputusan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan, terutamanya negara kecil.