8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan disebabkan ringgit diniagakan rendah berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Penyedia kapal sokongan luar pesisir (OSV) Keyfield International Bhd, optimis tetapi berhati-hati untuk mecatatkan keputusan kewangan lebih baik tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan makroekonomi.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) menamatkan kenaikan selama empat hari apabila ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh kejatuhan harga minyak kacang soya.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri peningkatan empat harinya dengan ditutup rendah pada Khamis, terjejas ekoran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, penyusutan ketara harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, meneruskan kenaikan dengan menjejaki aliran meningkat dalam pasaran minyak kacang soya, kata peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengekalkan aliran menaik pada hari ini, menjejaki keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keyakinan yang berterusan terhadap potensi gencatan perdagangan Amerika Syarikat (AS) - China, kata seorang peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, kata pedagang minyak sawit, David Ng.