Terdapat 394 berita berdasarkan kata kunci carian " dasar monetari"

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Data AS Utama Dikeluarkan Minggu Ini

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS dan data inflasi utama yang akan dikeluarkan minggu ini, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Ketika Hasil AS Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak, menyebabkan peniaga dan pasaran mengambil pendirian berhati-hati mengenai kemungkinan penurunan kadar AS pada masa hadapan.

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.

Kenanga Jangka OPR Stabil 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.

Ringgit Dbuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika pada Jumaat mendapat sokongan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

AMRO Turunkan Unjuran Pertumbuhan ASEAN+3 Bagi 2024 Kepada 4.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam. 

Pasaran Kewangan Domestik Kekal Berdaya Tahan Dalam Persekitaran Tidak Menentu Global - BNM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur sepanjang tempoh tidak menentu yang ketara dalam pasaran kewangan global pada suku kedua dan ketiga tahun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Aktiviti Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini dengan aktiviti jualan sederhana membabitkan kaunter perladangan selain produk dan perkhidmatan pengguna, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Prestasi Suram Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif, dengan saham kewangan mendahului penurunan.

Ringgit Terus Catat Aliran Meningkat, Dibuka Pada 4.1150 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.